Clock

Sunday 11 November 2012

Sunday 4 November 2012

Tumbuh-Tumbuhan semula jadi

Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi
Contoh Kawasan
Ciri-Ciri Utama
Tumbuh-Tumbuhan Utama
Hutan Khatulistiwa
Malaysia, Singapura, Brunei, Sumatera, Kalimantan, Semenanjung Thai dan Jawa Barat.
- malar hijau
- tebal dan padat
- berdaun lebar
- terdapat pelbagai jenis spesies
- berakar banir
- tiga lapisan yang nyata
- pokok berkayu keras
- tumbuhan bawah jarang

- balau
- meranti
- kapur
- keruing
- seraya
- paku-pakis
- rotan
- pokok memanjat
 
Hutan Monsun Tropika
Utara Thailand, Myanmar, Laos, Kemboja, Vietnam, Utara Filipina, India dan Bangladesh.

- menggugurkan daun pada musim kemarau
- hutannya jarang
- tumbuhan bawah padat
- banyak pokok kayu keras
- berdirian tulen
- kayu jati
- penaga
- inkanyin
- buluh
- pyinkado

Tumbuhan gurun
Gurun Arab, Gurun Thar dan Gurun Iran.

- tahan kemarau
- sangat jarang
- berakar panjang
- daun kecil, berkilat dan berlilin
- daun berbentuk jarum
- batang berlendair

- kaktus
- semak-samun berduri
- pokok kurma

Hutan Mediteranean
Lubnan, Turki, Syria dan Iraq Utara
- malar hijau
- berdaun lebar
- pokok sederhana tinggi dan bantut
- tidak padat
- berdaun kecil, berkulit tebal dan berakar tunjang

- Oak
- cedar
- cypress
- zaitun

Padang rumput hawa sederhana (steppe)
Mongolia, Siberia Selatan dan pedalaman China
- rumput tinggi
- tumbuh berkelompok
- rumput berubah warna mengikut musim

- rumput pendek
- tulip
- Iris
Hutan campur sederhana panas

Taiwan, China Tengah, Korea Selatan dan Jepun Selatan.

- malar hijau
- berdaun lebar
- banyak spesies

- Oak
- magnolia
- Mulberi
Hutan pokok tirus(Taiga)

Siberia
- malar hijau
- tahan sejuk
- berbentuk kon
- daun bentuk tirus dan tajam
- berkulit rebal

- pain
- fir
- larch
- spurs

Tumbuh-tumbuhan tundra
Utara Siberia
- tahan sejuk
- cepat tumbuh
- lumut dan kulampair tumbuh diatas batuan
- pokok bantut di kawasan terlindung

- williow
- birch
- lumut
- kulampair

Wednesday 17 October 2012

Ladang Teh Boh, Habu, Ringlet

Terdapat sebuah lagi ladang teh Boh yang tidak kurang menariknya untuk dilawati. Ianya juga adalah ladang milik Boh Plantations yang terletak kira-kira 3 km dari Pekan Ringlet dan 6 km dari jalan utama (berhampiran pekan kecil Habu). Ladang ini juga dikenali sebagai Ladang Teh Boh Farlie. Ianya kurang dilawati mungkin kerana tidak sepopular ladang teh Boh Sg.Palas dan lokasinya juga terletak lebih kurang 15 km dari Tanah Rata. Ladang teh ini dibuka pada jam 9 pagi dan ditutup jam 4.30 petang. Namun begitu anda boleh meminta kebenaran dari Guard jika terlewat untuk masuk. Keluasan ladang dan kehijauan bukit-bukau yang dipenuhi pokok teh di sekeliling cukup mengkagumkan lebih-lebih lagi jika dihiasi dengan kehadiran kabus dingin. Keistimewaan ladang ini ialah ia mempunyai satu view point yang terletak di atas sebuah bukit setinggi 174 meter. Anda boleh mendaki sehingga ke puncak sambil merakam gambar. Datanglah berkunjung kerana kepuasan tidak dapat dirasai jika anda tidak menerokanya sendiri. Sememangnya kunjungan anda ke sini tidak akan mengecewakan.


Pemandangan yang menarik



Ladang yang luas

Tempat santai yang tidak ternilai


Friday 5 October 2012

Taman Rimba Kenong,Pahang






     Merupakan hutan hujan tropika yang masih belum diteroka seluas 128 kilometer persegi dalam Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur. Ia terletak di Lembah Kenong dan berkongsi sempadan dengan Taman Negara di bahagian utara dan timur.
Taman Rimba Kenong terletak 32 km dari pekan Kuala Lipis dan 302 km daripada Kuantan dan juga terletak di Hutan Simpan Yong yang mempunyai jenis Hutan Dipeterokarp Bukit.
Walaupun taman ini dibuka kepada orang awam, kebanyakan kawasan taman ini masih lagi belum diterokai sepenuhnya.
       Di sini para pengunjung dapat melihat pelbagai flora dan fauna, dari cendawan hinggalah pokok yang berpuluh meter tingginya dan dari katak bersaiz 1 sm hinggalah ke gajah.
Keindahan alam yang belum tercemar, mempunyai landskap semulajadi yang masih belum diterokai serta terkenal dengan keindahan dan keunikan gua batu kapur menjadikannya salah satu destinasi tumpuan pelancong.
        Antara gua batu kapur yang terdapat di sini adalah Gua Batu Tinggi, Gua Batu Tangkup, Gua Batu Telahup, Gua Kesong, Gua Buta, Gua Harimau, dan Gua Hijau.
Disamping itu pengunjung dapat menghayati suasana hutan dengan mendengar bunyi cengkerik dan burung enggang.
Aktiviti-aktiviti rekreasi yang boleh dijalankan ialah:
  • Jelajah Gua Batu Kapur
  • Interpretasi Sumber
  • Berkelah / Berenang
  • Fotografi
  • Aktiviti Tali
  • ‘Cave Tubing”
  • Berakit, Bersampan, Berkenu dan Berkayak
  • Pemerhatian Burung / Hidupan Liar
  • Jalajah Gunung
  • Perkhemahan
Kemudahan sedia ada:

  • Tempat letak kereta
  • Jambatan Gantung
  • Pusat Penerangan
  • Pondok rehat, bangku dan kemudahan tong sampah
  • Papan-papan tanda dan papan tanda pokok
  • Chalet dan dormitori
  • Tapak perkhemahan
  • Kemudahan tandas
  • Denai hutan / Denai interpretasi

Video Pemandangan dari Puncak Gunung Kinabalu


Friday 21 September 2012

Gunung Kinabalu Sabah,Malaysia


          Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. Di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.
         Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Ocenia. Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania". Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

       Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.