Gunung
Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di
Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095
meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi
di Asia Tenggara. Di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya
(4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter) di
Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan
Melayu.
Dari segi persempadanan geografi,
gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah
kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik
benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula
terletak dibenua Ocenia. Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan
ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan
ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali
sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di
"Oceania". Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian
daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania”
- disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.Gunung
Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas,
hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
Gunung Kinabalu merupakan lambang
kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk
menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat
juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan
kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah,
Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal
dunia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.