Clock

Gunung-Ganang

Nama: Gunung Besar Hantu

Lokasi: Jelebu, Negeri Sembilan
Ketinggian: 1462m/4794ft

 


 Gunung Besar Hantu(GBH) yang berketinggian 1462m ini terletak di daerah Jelebu, Negeri Sembilan dan terletak berselebahan dengan Gunung Hantu yang lebih rendah ketinggiannya. Nama diberi besar kemungkinan kerana orang asli di kawasan berhampiran dengan kaki gunung ternampak makhluk halus. Terdapat dua camp site yang boleh diduduki iaitu Kem Hantu Air dan Kem Orkid, manakala perjalanan boleh dimulakan dari Lata Kijang ataupun Simpang Balak dengan menaiki 4WD dari Kampung Chennah. Di puncak GBH terdapat batu penanda sempadan yang memisahkan Pahang dan Negeri Sembilan dan dari puncak tersebut kita boleh melihat dengan jelas bandar Kuala Lumpur dan Genting Highland. Kemungkinan besar satu hari nanti, Kem Orkid akan terputus kepada dua akibat tanah runtuh yang sangat kian menjadi.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.