Terdapat sebuah lagi ladang teh Boh yang tidak kurang menariknya untuk dilawati. Ianya juga adalah ladang milik Boh Plantations yang terletak kira-kira 3 km dari Pekan Ringletdan
6 km dari jalan utama (berhampiran pekan kecil Habu). Ladang ini juga
dikenali sebagai Ladang Teh Boh Farlie. Ianya kurang dilawati mungkin
kerana tidak sepopular ladang teh Boh Sg.Palas dan lokasinya juga
terletak lebih kurang 15 km dari Tanah Rata. Ladang teh ini dibuka pada
jam 9 pagi dan ditutup jam 4.30 petang. Namun begitu anda boleh meminta
kebenaran dari Guard jika terlewat untuk masuk. Keluasan ladang dan
kehijauan bukit-bukau yang dipenuhi pokok teh di sekeliling cukup
mengkagumkan lebih-lebih lagi jika dihiasi dengan kehadiran kabus
dingin. Keistimewaan ladang ini ialah ia mempunyai satu view point
yang terletak di atas sebuah bukit setinggi 174 meter. Anda boleh
mendaki sehingga ke puncak sambil merakam gambar. Datanglah berkunjung
kerana kepuasan tidak dapat dirasai jika anda tidak menerokanya sendiri.
Sememangnya kunjungan anda ke sini tidak akan mengecewakan.
Pemandangan yang menarik
Ladang yang luas
Tempat santai yang tidak ternilai
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.